Mengapa saat itu perlu berlalu  

Posted by honeyz

Puas sudah aku memaksa diri untuk tidur. Kejap lelap kejap celik, lelap dan celik lagi. Bosan. Lantas aku turun ke bawah mencari-cari apa yang boleh dimakan. Dilin sudah nyenyak tidur, Amy masih lagi gigih bersengkang mata. Kembali ke kamar tidur, aku hidupkan kembali komputer riba.

Rindu buatku susah tidur. Aku rindu saat yang telah berlalu. Saat yang sangat istimewa. Aku rindu Ramadan yang lepas. Tahun ini, penangan Ramadan benar-benar terasa. Sedih mengenangkan dosa yang aku himpun selama ini. Takut mengenangkan apa akhirku nanti. Malu mengenangkan aib yang akan terpampang di depan himpunan manusia kelak. Namun begitu, aku lega dapat mengalirkan airmata ketika meminta. Meminta kepada yang aku yakin Maha Mendengar. Meminta kepada Tuhan yang berkuasa ke atas hidupku. Aku juga bahagia dapat bertarawikh bersama teman-teman. Kadang-kadang bergilir menjadi imam. Hafalan mereka bagus apatah lagi bacaannya. Gembira ketika bersahur dan lebih-lebih lagi ketika berbuka. Paling penting, hidup terasa aman kerana hatinya tenang.

Minta diampunkan dosa diriku dan keluarga, mohon diberikan perlindungan dan petunjuk, harap dibukakan hati kepada hati yang ikhlas keranaNya, minta itu minta ini. Seronok meminta seperti anak kecil.

Lega. Sekarang baru aku terasa ingin lelap. Andai kata esok masih hidup, semoga adalah peluang untukku beramadan lagi.

This entry was posted on Saturday, October 25, 2008 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

2 footprints

Anonymous  

dear. moga ada peluang untuk kita bertemu ramadhan.ramadhan tahun ni, seperti tahun2 lain terlalu pendek buat banat. xpernah dapat puasa more than 15 days...

Saya wlpn dpt puasa panjang tp dapat rasakan sangat yg ramadan kali nih pendek dari yg lepas2. Sedey, selalu macam tu. Apa-apa yang menggembirakan kite mmg tak lama dapat kite lalui, tp benda tulah yang paling kite hargai.